Friday, April 10, 2009

panggilan allah 24 jam

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengarkan jawapan ini:
"Terima kasih kerana Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'. Atau....
Bagaimana jika Anda menerima jawapan daripada Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Harap maaf, saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab sebentar lagi mengikut giliran.
" Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
sila:-
Tekan 1. Dengan malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah sambil Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sampai Anda tiba di sini!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini:
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon sekali pada hari ini. Sila cuba lagi esok." atau...
"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.
" Alhamdulillah... Allah Subhanahu Wata'ala mengasihi kita hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat, setiap waktu! Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa sahaja dan Dia sentiasa mendengarkan anda. Kerana bila memanggil Allah, anda tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya'

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya'
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci untuk membuat panggilan ada terdapat di dalam Buku berjudul "Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus, tanpa perlu melalui Operator atau Perantara, dan yang lebih penting, tiada dikenakan apa-apa bayaran...
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian 'hunting' yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut"

No comments:

Post a Comment